Scroll Top

JCCD
pusat pengurusan maklumat dan sumber rujukan industri, agensi dan kontraktor Johor.

JOHOR CENTRE FOR CONSTRUCTION DEVELOPMENT SDN BHD atau “JCCD” telah diperbadankan pada 23 Mei 2017 sebagai salah satu anak syarikat kepada PERMODALAN DARUL TAKZIM. Adalah dimaklumkan bahawa, Kerajaan Negeri Johor telah menubuhkan Johor Centre For Construction Development (JCCD) sebagai salah satu syarikat berkaitan kerajaan dan telah diberi mandat untuk membangunkan serta memperkasakan tahap kompetensi kontraktor Johor. Selaras dengan itu, pentadbiran ini juga bertanggungjawab untuk mewujudkan satu pangkalan data bagi kontraktor Johor. Pangkalan data ini bertujuan untuk memantau serta memperkukuhkan lagi industri pembinaan di samping memperkasakan kualiti kontraktor di seluruh negeri Johor.

visi

Untuk memperkasa kontraktor Johor.

misi

Melahirkan kontraktor Johor yang kompeten, maju dan berdaya saing.

objektif
  • Melaksana dan menyelia program pembangunan kontraktor dalam tiga teras utama iaitu peningkatan keupayaan, peningkatan peluang, dan peningkatan persekitaran industri.
  • Menjadi pusat pengurusan maklumat dan sumber rujukan industri, agensi, dan kontraktor Johor.
  • Menjadi pemudah cara antara industri, agensi dan kontraktor dalam semua bidang termasuk dana dan khidmat pakar.
PROGRAM
PROGRAM PEMBANGUNAN PENGURUSAN KONTRAK
TREE CARE SAFETY
RAILWAY CONSTRUCTION AND ENGINEERING
PENGURUSAN PEMBINAAN​
PENGURUSAN JALAN RAYA
PENGURUSAN TADBIR URUS SYARIKAT DAN KEWANGAN
SEMINAR PEMBINAAN REKA BENTUK CERUN DAN KAWALAN KUALITI
BENGKEL TEKNIKAL INTERLOCKING CONCRETE PAVER - KERJA-KERJA PEMBINAAN DAN PENYELENGGARAAN
0
Of Open Offices
0
Project Completed
0
Workers Employed
0
Received Awards
SUDAHKAN ANDA MENDAFTAR SISTEM KONTRAKTOR JOHOR?
BERITA TERKINI
Aerial view of Johor Bahru City
25 Sep: Johor ‘lubuk rezeki’ kontraktor pembinaan tempatan

KUALA LUMPUR: Projek-projek pembinaan di Johor akan terus memberi manfaat kepada kontraktor sepanjang beberapa tahun akan datang, demikian menurut penganalisis.

Penganalisis RHB Research, Adam Mohamed Rahim, berkata keyakinan itu bersandarkan kepada lawatan ke negeri itu bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai pembangunan terbaharu oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor, Lee Ting Han.

Registration Application Paper Form Concept
31 Aug: PENDAFTARAN SIJIL KONTRAKTOR JOHOR JCCD

Kerajaan Negeri Johor komited di dalam membantu dan memperkasakan kontraktor Johor. Lanjutan daripada itu, satu inisiatif pembangunan industri telah diwujudkan iaitu Johor Centre for Construction Development (JCCD) sebagai pusat sehenti bagi kontraktor dan agensi-agensi kerajaan yang terlibat di dalam industri binaan di negeri Johor.